mohdyazed.com
Segalanya bermula disini
Saturday, March 1, 2014
Batuk
Saturday, February 22, 2014
Hasad Dengki
Tidak boleh melihat kelebihan orang lain, perasaan hasad dengki nie pasti akan timbul secara automatik. Bukankah lebih elok jika perasaan hasad dengki ini untuk kebaikan dan bukannya untuk keburukan.
Perasaan hasad dengki yang semakin membuak-buak akan membuatkan seseorang itu sanggup baut apa sahaja sehinggakan sanggup berjumpa bomoh untuk mengenakan orang yang dia ingin sakiti.
Pelik sungguh perangi manusia sekarang nie.
Aku tulis nie bukan saja-saja buat cerita tapi aku menulis ini setelah aku berbual dengan salah seorang pengamal perubatan yang boleh memulihkan penyakit secara islamik dengan izin Yang Maha Esa. Pelbagai jenis ragam manusia yang datang berubat untuk memulihkan semula kesihatan mereka.
Rata-rata pesakit yang datang kebanyakkan terkena sihir yang dibuat orang lain atas pelbagai sebab. Perasaan hasad dengki yang terdapat di dalam diri seseorang menyebabkan orang lain yang sengsara menanggung kesakitan.
Pendek kata, mereka yang ingin memulihkan semula kesihatan mereka disebabkan disihir kerana perasaan hasad dengki yang timbul di dalam diri dan perasaan tidak boleh melihat orang lain lebih segala-galanya.
Ps: Perasaan hasad dengki ini akan menjadi baik sekiranya ianya kearah kebaikan. Harap-harap aku jangan ada perasaan ini yang boleh memburukkan diri sendiri dan diri orang lain. Peringatan untuk diri aku dan semua ye..
===>>Kamus Tafsir Mimpi
Monday, February 17, 2014
Domain Termurah
Banyak yang aku survey luar sana dan macam-macam pakej yang disediakan untuk menarik perhatian aku tetapi untuk membuat sesuatu keputusan memang cukup susah. Mungkin korang boleh suggest kat aku domain yang korang gunakan dengan harga yang berpatutan.
Domain nie penting sebenarnya terutama kepada blogger macam aku nie. Bukan sahaja ianya nampak gah apabila mempunyai domain sendiri tetapi ianya untuk menarik lebih ramai lagi orang berkunjung ke blog kita.
Ramai blogger-blogger hebat luar sana yang mempunyai pelbagai blog dan pelbagai domain dari pelbagai provider. Apa yang pasti mereka mesti berpuas hati dengan service yang disediakan oleh provider.
Bingung juga aku nak pilik domain yang murah dan menyediakan service yang menarik. Aku tak nak lah harga domain sahaja murah tetapi bila nak access blog selalu tak boleh.
Korang tolong la suggest kat aku provider domain yang murah dan access yang mantap.
Ps: Agak-agak bila aku beli domain sendiri ada tak pembaca setia blog aku nie. Harap-harap ada dan korang semua suggest la provider domain yang bagus dengan harga yang berpatutan pada aku ye..
Kalo korang tak pasti apa tu domain dan webhosting bolehlah dapat panduan ini
===>>>http://bit.ly/webhostinganddomain
Saturday, February 15, 2014
Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional
Penyakit dengan manusia pasti tidak dapat dielakkan. Tidak kira penyakit apa yang dihadapi. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengubati penyakit. Ada yang memilih perubatan moden dengan berjumpa doktor dan ada yang memilih perubatan tradisional.
Perubatan tradisional yang aku maksudkan adalah perubatan islam. Jangan pulak salah faham apabila disebut perubatan tradisional disamakan dengan tok bomoh.
Malam nie aku bawa ibubapa aku berubat dengan ustaz yang dipercayai boleh membantu untuk mengubat penyakit dengan keizinan Yang Maha Esa. Ini merupakan kali kedua aku datang ke sini.
Sebelum ini aku datang dengan membawa anak-anak dan isteri untuk dilihat jika ada sebarang permasalahan dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami sekeluarga.
Alhamdulilah dengan izin Yang Maha Esa, keluarga aku semakin bahagia dan kasih sayang semakin bertambah. Penyakit yang dihadapi alhamdulillah semakin sembuh.
Ramai juga yang datang ke sini untuk mendapatkan khidmat perubatan tradisional. Tidak kira laki atau perempuan. Semua yang datang berusaha agar penyakit yang dihidapi dapat pulih.
Kalo korang semua ingin mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional nie. Boleh datang ke area Padang Serai, Kedah.
In sha Allah ianya mungkin boleh membantu untuk mengubati penyakit yang dialami dengan izin Yang Maha Esa.
Ps: Ramai dah betul orang yang datang. Kalo korang semua nak tahu boleh la emel aku. Nanti aku tunjukkan petan dan no tel ustaz tu.
=====>>>Tips Rumahtangga Bahagia
Aku dan Anime
Aku kenal dengan anime ni dah lama dah. Bermula dari dragon ball sampailah kepada sekarang ni budak getah (one piece). Tidak lupa masa sekolah dulu. Lepas balik sekolah mesti singgah kedai buku untuk baca manga (maklumlah dulu mana nak ada sumber untuk tengok anime nie. So membaca je la). Lepas aku masuk ja alam universiti so aku dah tau macam mana nak download anime.
Bukan aku sorang ja yang gilakan anime ni. Ramai lagi orang lain yang gilakan anime ni. Ada kawan-kawan aku yang lebih gila dari aku. Sampai sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk hobi dan minat mereka.
Apa yang aku suka dengan anime "budak getah" nie adalah sifat kekawanan dan setia kawan yang ditunjukkan walaupun jalan ceritanya yang menarik. Ada juga anime yang dah lama aku tak tengok iaitu "naruto". Anime ni pun best juga tapi aku tinggal lama dah. Satu lagi yang best juga pada aku adalah "bleach".
Sekarang ni aku concentrate dengan anime "budak getah" je la dulu. Yang lain tu nanti aku tengok kemudian je la. Kalo kawan-kawan ada anime yang best-best boleh la share dengan aku ye.
Ps: Agak-agak ok tak kalo aku share anime yang aku ada dengan anak-anak aku ni. Mungkin zaman dieorang ni nanti akan ada macam-macam lagi anime yang best-best kan.