Saturday, February 15, 2014

Aku dan Anime

Betul tu. Aku tahu aku merupakan insan yang terlalu serius dengan anime. Aku boleh menonton anime sampai lupa makan minum dan tidak buat kerja apa-apa sahaja. Macam juga kawan-kawan aku yang suka baca novel cinta yang tebal sampai beratus-ratus muka surat. Tapi aku bukannya suka sangat nak membaca. So menonton lebih mudah dari aku membaca. 

Aku kenal dengan anime ni dah lama dah. Bermula dari dragon ball sampailah kepada sekarang ni budak getah (one piece). Tidak lupa masa sekolah dulu. Lepas balik sekolah mesti singgah kedai buku untuk baca manga (maklumlah dulu mana nak ada sumber untuk tengok anime nie. So membaca je la). Lepas aku masuk ja alam universiti so aku dah tau macam mana nak download anime. 

Bukan aku sorang ja yang gilakan anime ni. Ramai lagi orang lain yang gilakan anime ni. Ada kawan-kawan aku yang lebih gila dari aku. Sampai sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk hobi dan minat mereka.

Apa yang aku suka dengan anime "budak getah" nie adalah sifat kekawanan dan setia kawan yang ditunjukkan walaupun jalan ceritanya yang menarik. Ada juga anime yang dah lama aku tak tengok iaitu "naruto". Anime ni pun best juga tapi aku tinggal lama dah. Satu lagi yang best juga pada aku adalah "bleach". 

Sekarang ni aku concentrate dengan anime "budak getah" je la dulu. Yang lain tu nanti aku tengok kemudian je la. Kalo kawan-kawan ada anime yang best-best boleh la share dengan aku ye.

Ps: Agak-agak ok tak kalo aku share anime yang aku ada dengan anak-anak aku ni. Mungkin zaman dieorang ni nanti akan ada macam-macam lagi anime yang best-best kan.

No comments:

Post a Comment