Dengan keadaan cuaca sekarang ini memang aku tidak nafikan bahawa akan ada penyakit yang menyerang. Sekarang nie aku pulak kena batuk.
Aku kalo kena batuk nie memang lambat nak baik. Mungkin mewarisi dari ibu apabila kena penyakit memang lambat nak baik. Tidak kira batuk, demam, selesema dan apa-apa penyakit.
Teringat masa aku kecil dahulu, kesian pada mak dan ayah aku selalu membawa aku ke klinik untuk ambil ubat. Bila dari kecik dah masuk macam-macam jenis dadah dalam badan bila dah besar nie memang kurang la kena penyakit. Tapi bila sekali kena memang teruk dan ambil masa yang lama untuk pulih.
Dah 3 hari aku batuk. Bukan saja batuk tapi sakit tekak dan suara pun tak de dah. Ubat tak telan lagi la. Dok minum air asam je la. Rasa makin macam juga la badan aku nie. Batuk tak kurang lagi, sakit tekak macam tu je la. Nampak gayanya kena jumpa doktor jugak la.
Kalo esok tak elok juga memang aku kena jumpa doktor jugak la. Rasa tak tahan dah badan nie dengan batuk yang teruk nie.
Ps: Harap tak la melarat batuk nie kena pada anak-anak aku. Kesian pulak kat dieorang bila kena batuk macam aku nie.
No comments:
Post a Comment