Saturday, February 15, 2014

Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional

Penyakit dengan manusia pasti tidak dapat dielakkan. Tidak kira penyakit apa yang dihadapi. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengubati penyakit. Ada yang memilih perubatan moden dengan berjumpa doktor dan ada yang memilih perubatan tradisional.

Perubatan tradisional yang aku maksudkan adalah perubatan islam. Jangan pulak salah faham apabila disebut perubatan tradisional disamakan dengan tok bomoh.

Malam nie aku bawa ibubapa aku berubat dengan ustaz yang dipercayai boleh membantu untuk mengubat penyakit dengan keizinan Yang Maha Esa. Ini merupakan kali kedua aku datang ke sini.

Sebelum ini aku datang dengan membawa anak-anak dan isteri untuk dilihat jika ada sebarang permasalahan dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami sekeluarga.

Alhamdulilah dengan izin Yang Maha Esa, keluarga aku semakin bahagia dan kasih sayang semakin bertambah. Penyakit yang dihadapi alhamdulillah semakin sembuh.

Ramai juga yang datang ke sini untuk mendapatkan khidmat perubatan tradisional. Tidak kira laki atau perempuan. Semua yang datang berusaha agar penyakit yang dihidapi dapat pulih.

Kalo korang semua ingin mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional nie. Boleh datang ke area Padang Serai, Kedah.

In sha Allah ianya mungkin boleh membantu untuk mengubati penyakit yang dialami dengan izin Yang Maha Esa.

Ps: Ramai dah betul orang yang datang. Kalo korang semua nak tahu boleh la emel aku. Nanti aku tunjukkan petan dan no tel ustaz tu.

=====>>>Tips Rumahtangga Bahagia

No comments:

Post a Comment