Ramai yang tidak puas hati dengan program Jobdirumah ini. Dikenakan bayaran RM50.00 tetapi MASIH belum dapat menjana pendapatan. Setiap orang adalah berbeza dari satu sama lain tetapi tahukah anda bahawa anda akan faham dan peroleh dengan program Jobdirumah ini??
Pada mulanya, TPK merasakan bahawa RM50.00 merupakan satu jumlah yang besar untuk sertai program Jobdirumah ini. Setelah TPK sertai sendiri, apa yang TPK terima adalah tips bagaimana untuk membida kerja dan kerja yang ditawarkan adalah kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja.
TPK mendapat komisen dan pelbagai pulangan serta pelbagai job selepas menyertai Jobdirumah. Job yang TPK terima tidak terhad tetapi setelah selesai sesebuah job, TPK ditawarkan dengan job sama atas prestasi yang ditunjukkan. Kita perlu bida untuk mendapatkan kerja jadi ianya berkonsepkan "siapa cepat dia dapat". Hasil penglibatan TPK dengan program Jobdirumah ini, TPK JUMPA banyak lubuk yang boleh membuat duit secara hanya di rumah sahaja.
Kelayakan yang diperlukan untuk sertai Jobdirumah
Perkara asas untuk sertai Jobdirumah adalah komputer dan talian internet. Jika kedua-dua perkara ini tiada maka sukar untuk anda membuat kerja dari Jobdirumah. Alternatif lain yang boleh anda gunakan adalah dengan melayari internet di cyber cafe dan ianya menyukarkan anda untuk mengetahui maklumat kerja yang telah anda bida diterima atau tidak. Anda perlu kerap ke cyber cafe tetapi ianya tidak mustahil untuk anda membuat kerja melalui Jobdirumah ini.
Pengetahuan asas microsoft office adalah merupakan salah satu perkara wajib yang perlu anda ada. Ianya akan memberi anda satu kelebihan. Selain itu, anda tidak perlu penguasaan bahasa inggeris yang luas untuk menyertai Jobdirumah ini. Memadai sekiranya anda mengetahui bas bahasa inggeris kerana bahasa yang digunakan di dalam Jobdirumah adalah bahasa yang sangat mudah difahami.
Seperti mana-mana organisasi anda perlulah berumur 18 tahun keatas untuk membida kerja di Jobdirumah ini. Bukan tidak boleh sekiranya anda belum berumur 18 tahun tetapi sekiranya anda berumur 18 tahun keatas ianya akan memberikan lebih keyakinan kepada majikan untuk memberikan anda job. Perkara yang paling penting setelah mendapat job di Jobdirumah ini adalah menyiapkannya dalam tempoh dan masa yang telah ditetapkan dan hasil kerja perlu berkualiti serta memenuhi kehendak majikan.
Jika dilihat bayaran yang diterima adalah berbeza-beza mengikut job yang kita bida. Setiap job yang disediakan mempunyai nilai yang berbeza-beza. Bayaran yang diterima adalah dalam nilai USD dan setiap nilai akan dikalikan dengan tiga. Anda nilai dan kira sendiri jumlahnya berapa.
Jobdirumah penipu?Jobdirumah scam?Jobdirumah hanya ambil duit orang sahaja?. Pada hemat TPK Jobdirumah akan jadi penipu, akan jadi scam dan akan hanya ambil duit oang sekiranya anda tidak berusaha, tidak bersungguh-sungguh, mudah putus asa, dan tidak menggunakan peluang yang ada di depan mata. Mengapa kita perlu salahkan Jobdirumah sedangkan ramai yang telah berjaya dengan Jobdirumah.
TPK tidak memaksa anda untuk menyertai Jobdirumah. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. "Tepuk dada tanya selera". Sekiranya anda memikirkan dengan pendapatan anda mencukupi maka abaikan sahaja coretan TPK ini. Sekiranya anda merasakan pendapatan sedia ada anda belum mencukupi maka mulakan langkah pertama anda dengan mendaftar di Jobdirumah. Setelah mendaftar mulakan dengan mencari kerja yang sesuai dengan kebolehan anda. TPK telah kongsikan perkara yang sepatutnya dan selebihnya terletak pada diri anda sendiri.
Anda boleh daftar di sini ====>>Jobdirumah.com
No comments:
Post a Comment