Saturday, February 22, 2014

Hasad Dengki

Apabila bercakap mengenai perasaan hasad dengki nie memang tidak boleh nak dipisahkan dengan kehidupan manusia.

Tidak boleh melihat kelebihan orang lain, perasaan hasad dengki  nie pasti akan timbul secara automatik. Bukankah lebih elok jika perasaan hasad dengki  ini untuk kebaikan dan bukannya untuk keburukan.

Perasaan hasad dengki  yang semakin membuak-buak akan membuatkan seseorang itu sanggup baut apa sahaja sehinggakan sanggup berjumpa bomoh untuk mengenakan orang yang dia ingin sakiti.

Pelik sungguh perangi manusia sekarang nie.

Aku tulis nie bukan saja-saja buat cerita tapi aku menulis ini setelah aku berbual dengan salah seorang pengamal perubatan yang boleh memulihkan penyakit secara islamik dengan izin Yang Maha Esa. Pelbagai jenis ragam manusia yang datang berubat untuk memulihkan semula kesihatan mereka.

Rata-rata pesakit yang datang kebanyakkan terkena sihir yang dibuat orang lain atas pelbagai sebab. Perasaan hasad dengki yang terdapat di dalam diri seseorang menyebabkan orang lain yang sengsara menanggung kesakitan.

Pendek kata, mereka yang ingin memulihkan semula kesihatan mereka disebabkan disihir kerana perasaan hasad dengki yang timbul di dalam diri dan perasaan tidak boleh melihat orang lain lebih segala-galanya.

Ps: Perasaan hasad dengki ini akan menjadi baik sekiranya ianya kearah kebaikan. Harap-harap aku jangan ada perasaan ini yang boleh memburukkan diri sendiri dan diri orang lain. Peringatan untuk diri aku dan semua ye..

===>>Kamus Tafsir Mimpi

2 comments:

  1. selagi bernama manusia....bermacam-macam perangai
    #salam, saya dtg singgah sini & follow. feel free to hit me back yeah :)
    http://sweetmemories4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..perasaan hasat dengki tidak boleh dipisahkan dengan manusia...

      Delete